Bicara Kata Dari Pengetua
Bismillah hirahman nirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa laman web SMK Clifford kerana telah berjaya menghasilkan laman web sekolah yang penuh dengan informasi berkaitan aktiviti-aktiviti sekolah. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua jawatankuasa yang sama-sama menggembeling tenaga menjana idea dalam menghasilkan laman web ini.
Sesungguhnya, saya amat berkeyakinan laman web ini dapat menjadi medium menyalurkan maklumat berkaitan sekolah kepada seluruh masyarakat. Diharapkan juga laman web ini dapat menjadi tali penghubung antara sekolah dan bekas pelajar Clifford di mana jua mereka berada untuk melontarkan idea dalam usaha membangunkan sekolah.
Kepada anak-anak didik SMK Clifford yang saya kasihi, gunakanlah kemudahan laman web ini untuk tujuan mencari informasi yang dapat membantu dalam pembelajaran serta meluaskan pemikiran anak-anak didik sekelian.
Kita semua maklum bahawa Motto SMK Clifford ialah “The School Is More Than The Crew”. Ianya membawa makna yang tersendiri yang mesti difahami, di hayati serta diamalkan oleh seluruh warga SMK Clifford demi menjaga nama baik SMK Clifford lantas menjulangnya di persada Pendidikan khasnya , mau pun dalam bidang lain amnya.
Pada tahun 2010 ini satu penambahbaikan telah perkenalkan. Tema ‘CLIFFORD MAJU TERUS MAJU” telah dicetuskan bersama-sama diantara pihak Pentadbir Sekolah, Persatuan Lepasan Penuntut Clifford dan Persatuan Ibu-bapa dan Guru. Tema ini diharapkan menjadi wadah setiap daripada kita demi kemajuan SMK Clifford dalam semua bidang.
Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat membantu mencapai visi dan misi sekolah untuk menjadi komuniti berilmu yang terbilang disamping dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab supaya mampu bersaing di peringkat global.
Sekian.
HJH. NORLIAH BINTI HJ. MOHD LAZIM, AMN
Pengetua Cemerlang
SMK Clifford, Kuala Kangsar.
Shop Coop
|
RM20.00
|
RM7.00
|
RM12.00
|
RM27.00
|
|
RM27.00
|
RM25.00
|
RM10.00
|
RM7.00
|
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Show Cart | |
|
Your Cart is currently empty.
|
|
|
Klip Video |
Bicara Kata Pengetua





























