Clifford School Portal

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Clifford School

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

E-mail Print PDF

Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 13:46
 

Cita- Cita Saya Adalah Penoreh Getah, Cikgu!

E-mail Print PDF

Apakah cita-cita anda? Mengapakah anda memilih cita-cita tersebut? Boleh dikatakan setiap insan yang waras mempunyai cita-cita. Mungkin untuk menjadi doktor, pensyarah atau cikgu :) apabila dewasa kelak. Cita-cita merupakan matlamat hidup seseorang. Tanpa cita-cita hidup seseorang itu sia-sia.

Pernahkan anda mendengar seseorang itu bercita-cita menjadi penoreh getah? Tukang kebun? Atau suri rumah tangga?

Sewaktu saya di tahun 1 pada tahun 1985. Saya pernah melihat kad 001 seorang rakan sekelas saya. Tertulis cita-citanya menjadi seorang penoreh getah! Pada waktu itu saya terfikir kenapa rakan tersebut nak ingin menjadi penoreh getah? Padahal pada waktu itu ramai yang bercita-cita menjadi doktor, askar, atau cikgu. Waktu saya disekolah rendah hingga tahun 5 itulah yang mengisi kad 001. Dan apabila naik ketahun 6 cita-cita cikgu bertukar menjadi pilot setelah membaca buku cerita bertajuk ‘Pilot Handalan’. Apabila di sekolah menengah cita-cita saya bertukar menjadi arkitek, saintis dan businessman.

Last Updated on Monday, 01 March 2010 22:29 Read more...
 

SEJARAH SMK CLIFFORD

E-mail Print PDF

SMK Clifford telah di tubuhkan pada tahun 1897 di atas perkenan Paduka Seri Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul’Adzam Shah yang ingin melihat pendidikan bahasa Inggeris diajar di negeri baginda. Pada awal penubuhannya sekolah ini dikenali sebagai “Sekolah Hogan” sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan.

Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid dan kemudiannya menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak.

Ketika Perang Dunia ke-2, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersungguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu iaitu Encik Arumukham, bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.

Read more...
 

Pedoman Berkasih Sayang

E-mail Print PDF

Dipetik drpd seorang sahabat dan utk renungan kpd diri saya dan semua...........


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Read more...
 

Resipi Senandung Kejayaan

E-mail Print PDF

Bahan-bahannya

  1. Bahan secukupnya mengikut selera masing-masing.
  2. Semangkuk azam.
  3. Kerajinan mengulangkaji dan bertanya guru.
  4. Sebuah ketekunan diparut halus.
  5. Segenggam harapan.
  6. Empat hiris keinsafan dimayang halus.
  7. Satu pertiga cawan air mata.
  8. Beberapa pohon doa.
  9. Beberapa potong nasihat.
  10. Lima keping kasih sayang.
  11. Sedikit dendam dan hasad dengki (dihancur dan dilumatkan).
  12. Secebis kemalasan (digoreng dan ditumbuk halus).
  13. Sekuntum senyuman untuk hiasan.
Last Updated on Tuesday, 23 February 2010 16:15 Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 4



Countdown

Pendapat

Apakah kaedah terbaik untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah
 

Undian

Penilaian anda terhadap web kami
 

Who's Online

We have 1 guest online