Penggolongan Kata

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. Contohnya manusia, tumbuhan-tumbuhan, binatang, tempat, dan benda secara umum.
Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.
Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. Contohnya manusia, binatang, dan tempat.
Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.


Kata Ganti Nama

Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Ada tiga jenis kata ganti nama diri:
      a) Kata ganti diri pertama, iaitu perkataan yang menggantikan nama orang yang bercakap. Contohnya aku, saya, hamba, patik, kita, dan     
          sebagainya.
      b) Kata ganti diri kedua, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan orang
           yang dilawan bercakap. Contohnya awak, anda, engkau, kamu, encik, tuan, saudari, kalian, dan sebagainya.
      c) Kata ganti diri ketiga, iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. Contohnya dia, beliau, baginda,
          mereka, dan sebagainya.


Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan merupakan kata nama yang telah mengalami proses pengimbuhan sama ada awalan, apitan, ataupun sisipan.
Contonya penyanyi, pelajar, pakaian, hiasan, pelajaran, telunjuk, dan gerigi.


Kata Tanya dan Kata Ganti Tak Tentu

Kata tanya digunakan untuk menyatakan sesuatu tanpa menyebut nama benda, orang atau perkara itu.
Terdapat tiga kata ganti nama tanya yang biasa digunakan, iaitu apa, siapa, dan mana.
Kata ganti tak tentu ialah perkataan yang digunakan untuk mengantikan sesuatu yang tidak tentu atau secara umum sahaja.
      Kata ganti tak tentu boleh digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tempat, waktu, dan perkara. Contohnya ialah, apa-apa, mana-mana, siapa-   
      siapa, masing-masing, sesuatu, seseorang, dan bila-bila.